DIY Membuat Sangkar Kucing murah dan tahan lasak.

Sharing is caring!

Sebagai pencinta haiwan kucing, tempat tinggal atau sangkar kucing mestilah sesuai dan tahan lasak. maklumlah sangkar kucing kalau basah atau kena kencing senang reput. itu cerita kalau bahan utama diperbuat dari kayu… Artikel ini saya akan kongsi diy membuat sangkar kucing yang murah dan tahan lasak.

ok saya akan kongsikan pengalaman sendiri cara, kos dan tips Diy membuat sangkar kucing yang tahan lama dan lasak..

sebelum tu saya nak story sikit haha.. saya sebenarnya tak ada pengalaman membuat sangkar ni terutamanya sangkar kucing..

secara ikhlasnya saya sekadar lihat dan tiru design yang saya cari di google.. betul ni, bukan cerita karut hehe..

Baca JugaAnda Pencinta Kucing? Ketahui Fakta Menarik Tentang Kucing

Baca JugaPenyakit Mata Kucing Yang Sering Terjadi

apa yang saya cuba buat adalah… try and error.. begitu la sebetulnya..

tapi sekali dah dapat point nya, fuhh bukan susah sebenarnya.. senang.. betulll senang, buat sendiri lagi bagus.. kos pun rendah berbanding beli di kedai..

 

ok gambar bawah ni adalah sangkar yang dah siap.. boleh la dapat gambaran awal untuk membuat sangkar kucing…

Baca JugaCara Jinakkan Kucing Baru Yang Betul

 

BAHAN BAHAN UTAMA

Bahan utama DIY membuat sangkar kucing :

PVC pipe jenis 15 mm.

5.8m panjang. kalau tak silap saya beli 5 batang. takpa la kalau tak cukup boleh beli lagi :).. harga pasaran lebih kurng RM8 gtu.. harga ni d tempat saya.. tak tau pula di tempat lain..

PVC T Join.

bahan untuk gabungkan paip pvc. bahan ini sangat penting untuk menggabungkan paip pvc. harga lebih kurang RM1.00 je satu.. ambil la dalam 40 ketul.. ada sesetengah tempat benda ni murah je.. dalam RM0.50 – RM0.80.. tak mahal pun..

 

ELBOW D 1/2″.

digunakan untuk menyambung penjuru sangkar. harga sebuah lebih kurang dengan PVC T Join tadi. bahan ni tak pakai banyak.. dalam 12 buah.. bergantung pintu sangkar yang anda mahu.. kalau nak banyak pintu kena lebihkan la bahan ni.

pintu lebih dari satu memudahkan untuk membersihkan sangkar.. setakat ni saya buat satu dulu.. kemudian pun boleh tambah hehe..

 

DAWAI BRC.

beli dawai yang kecil agar senang nak ejes dan mudah potong seperti contoh di bawah. model lupa la pula haha… ambil dalam 7 meter.. ikut suka la, kalau nak besar sangkar tu kena beli dawai brc lebih la.. harga semeter dalam RM8 gtu..

 

Playwood.

digunakan untuk lantai sangkar.. pastikan lantai lapik dengan plastik atau apa-apa bahan untuk mengelakkan kayu playwood daripada basah.

bahan ni mudah reput kalau kena air.. harga kurang pasti pula, saya ambil ja kayu playwood terpakai belakang rumah..  janji jadi lantai…

Bahan-bahan lain untuk DIY Membuat Sangkar Kucing

 

Paip wiring rumah.

digunakan untuk buat tangga sangkar. itupun kalau nak buat sangkar bertingkat. hargapun taklah mahal sangat. beli dekat kedai elektrik. dalam dua batang dah cukup. kalau tak ada benda ni, guna kayu pun boleh.

oh ya.. satu lagi, kayu kecik untuk tiang tangga.  apa apa kayupun boleh.. saya guna kayu bulat kecil.. boleh rujuk sangkar di atas.

 

Cable tie serta cutter.

Cable tie digunakan untuk mengikat BRC pada sangkar. Harga murah, ada jual dekat giant atau mana supermarket. saya syorkan jangan beli dekat kedai hardware, diorang jual mahal la pula haha..

 

Alat pemotong Paip PVC.

bahan penting untuk memotong. kalau alat ni tak ada boleh guna Kapak haha.. gurau je.. benda ni kena ada la.. takan guna pisau pula kan hahha..

 

Proses membuat sangkar tidaklah terlalu lama.. tidak sampai seharipun.. yang penting tak ada gangguan..

 

Pertama sekali dapatkan size sangkar yang diinginkan.. kalau nak buat sangkar 3 tingkat macam yang saya buat.. ukur ketinggian setiap tingkat.. terpulang pada anda..

 

contoh sukatan Sangkar Saya:

Tinggi — 4 ½ laki

Lebar — 3 kaki

Lebar Sisi — 1 ½ kaki.

boleh ubah mengikut citarasa masing-masing.

Buat rangka sangkar

selepas buat rangka, buat pula lantai sangkar.. maaflah gambar tak berapa complete, gambar-gambar di atas cukup untuk inspirasi anda untuk buat diy sangar..

oh sebelum lupa.. beli bekas untuk letakkan pasir untuk berak kucing.. ada contoh di atas gambar yang dah siap..

ukur bekas tersebut pada lantai bawah dan potong playwood mengikut sukatan bekas teraebut..

terpulang pada anda sama ada nak letak saja atau nak buat lobang untuk bekas tersebut..

selepas itu, potong dawai BRC tersebut mengikut saiz setiap petak rangka dan ikat menggunakan cable tie..

tips:

sentiasa bersihkan sangkar agar kucing selesa.

apabila dah siap sangkar, letaklah kotak kecil berisi kain buangan untuk si kucing tidur atau istirehat..

kalau ada yang tak paham boleh tinggalkan soalan di ruang komen atau pm pun boleh (iekmal00@gmail.com)

Baca JugaMembunuh Kucing Hadapi Hukuman Berat

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *