Sharing is caring!

Pernahkah kereta anda disaman oleh Penguat kuasa JPJ atau Polis Trafik? Saman akan dikeluarkan terhadap pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya seperti melanggar lampu isyarat apabila berwarna merah, parking kereta di tempat yang salah, tidak menggunakan tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, gagal menunjukkan lesen memandu, Roadtax tamat tempoh, memandu melebihi had laju yang ditetapkan, memotong digarisan berkembar dan banyak lagi. Artikel kali ini saya akan kongsikan cara Cara Semak Saman Kereta JPJ Dan polis online (siri update/kemaskini). Sebelum ini saya telah kongsikan artikel yang bertajuk:

Anda Pernah Disaman JPJ Atau Polis Traffik? Cara Mudah Cek Saman Online

Cara Semak Saman Kereta JPJ Dan polis online

Dengan perkembangan teknologi yang ada pada masa kini, semuanya dihujung jari anda. Daripada pembayaran bil, pembelian barang hingga menyemak saman semuanya mudah dan pantas melalui sistem online.

Kaedah Pertama Cara Semak Saman Kereta JPJ Dan polis online

Untuk semak saman kereta anda, satu portal disediakan bagi memudahkan anda menyemak saman yang anda sedar atau tidak menyedari kereta anda mempunyai saman iaitu portal:

www.myeg.com.my

Berikut Cara atau Toturial Ringkas Menggunakan Portal myeg.com.my

1. Langkah pertama ialah, taip www.myeg.com.my pada browser anda ataupun klik patuan ini:  www.myeg.com.my

2. Setelah ke portal myeg.com.my, klik daftar untuk menjadi ahli baru. Pendaftaran adalah wajib untuk membolehkan anda menyemak saman kereta anda. Contoh di bawah:

 

3. Setelah itu, anda akan masuk ke bahagian pendaftaran. Isi kesemua ruang kosong dengan maklumat yang diperlukan. Untuk Jenis Akaun, pilih yang berkaitan, contohnya sekiranya kereta atas nama anda atau kereta sendiri, pilih individu dan sebaliknya sekiranya kereta adalah milik syarikat.

Setelah mengisi kesemua maklumat berkaitan, klik ruang captcha (saya bukan robot). Setelah itu klik pula ruang Polisi Privasi sebelum butang hantar kemudian akhir sekali tekan butang hantar.

 

4. Setelah itu akan muncul page seperti gambar di bawah. Gambar di bawah menunjukkan anda telah berjaya mendaftar sebagai ahli dan boleh menyemak saman anda. Pilih mana-mana yang hendak anda semak dahulu sama ada saman daripada PDRM atau saman daripada JPJ.

Setelah masuk ke ruangan semak saman, masukkan butiran yang diperlukan atau yang berkenaan untuk menyemak saman seterusnya membayar saman secara dalam talian.

 

semak saman JPJ dan Polis (PDRM)

Kaedah Kedua Cara Semak Saman Kereta JPJ Dan polis online

Ada satu lagi cara semak saman kereta secara talian iaitu dengan menggunakan Sms. Kaedah ini sangat simple, hanya taip arahan dan hantar kemudian mendapat keputusan dalam beberapa minit sahaja. Walaubagaimanapun kaedah Sms ini akan dikenakan sedikit caj tambahan. Berikut Cara semakan saman melalui sms:

Panduan Semakan Saman Melalui SMS

1. Semak saman PDRM Melalui SMS
PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Cara semak saman melalui SMS :
  • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No plat kenderaan] pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 32728 atau 15888.
  • Contoh: POLIS SAMAN 881111122111 atau POLIS SAMAN WWW1234 
Untuk jawapan terperinci, sila taip mesej seperti berikut:
  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No kenderaan]<jarak>[email] dan hantark ke 32728. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email yang disertakan.
  • Contoh:POLIS SAMAN 881111122111 abcg123@yahoo.com
* Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap SMS yang di hantar dan 20 sen untuk setiap SMS yang diterima
Cara Semak Saman Kereta JPJ Dan polis online 2
Cara Semak Saman Kereta JPJ Dan polis online 3
Semoga panduan dan perkongsian Cara Semak Saman Kereta JPJ Dan polis online ini,  dapat membantu dan memudahkan anda menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak, serta mengelak termasuk dalam golongan yang disenarai hitam oleh JPJ dan (PDRM).

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.