Sharing is caring!

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak Melalui SAPS Online – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ada salah satu sistem yang direka untuk memudahkan para ibubapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak daripada sekolah rendah sehingga peringkat sekolah menengah serta PT3 dan SPM.

Artikel kali ini saya akan tunjukkan cara untuk log masuk bagi ibubapa yang ingin semak keputusan peperiksaan anak dengan beberapa langkah yang sangat mudah.

Baca JugaSemakan Keputusan Peperiksaan Anak Melalui SAPS Ibubapa

Berikut adalah Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak Melalui SAPS Online:

1. Log masuk ke portal SAPS Ibubapa. Klik        berikut: SAPS Ibubapa

Selepas itu akan terpapar portal SAPS ibubapa.

 

2. Kemudian masukkan no. Sijil Lahir anak atau Kad Pengenalan Pelajar kemudian Klik butang ‘Cari’

Masukkan No Sijil Lahir / Kad Pengenalan

3. Selepas Klik butang cari, akan muncul paparan seperti di bawah. Isikan maklumat Negeri, Daerah dan sekolah terkini dan tekan butang ‘Semak’.

cara semak saps ibubapa
Isikan maklumat yang betul

4. Selepas selesai bahagian Carian Sekolah, akan masuk ke paparan seperti image di bawah. Kemudian pilih tahun semasa.

 

5. Selesai memilih tahun, screen akan auto ke paparan seperti dibawah. Bahagian kolum Keputusan Peperiksaan, pilih peperiksaan yang hendak disemak kemudian Klik Butang ‘Papar Markah Peperiksaan.

 

 

Selepas selesai menekan butang ‘Papar Markah Peperiksaan’ screen akan terus memaparkan keputusan peperiksaan anak.

Semoga Artikel Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak Melalui SAPS Online memberi panduan pada anda.

 

 

 

 

 

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *