Cara Semak Bantuan Sara Hidup Rakyat BSHR Guna Telefon Bimbit Atau SmartPhone

In TERKINI, TOTURIAL

Berita baik kepada semua rakyat malaysia terutamanya yang berpendapatan (B40). Farsa pertama Bantuan Sara Hidup Rakyat akan di salurkan sebelum Febuari 2019 iaitu pada 28 Januari sebanyak RM300 setiap isi rumah berpendapatan B40 kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Sebelum bantuan tersebut disalurkan kepada anda, perkara yang paling penting adalah update maklumat peribadi ataupun semak status BSHR anda melalui portal yang telah disediakan iaitu Portal – bsh.hasil.gov.my. Namun portal ini tidak direka untuk capaian peranti mudah alih seperti telefon bimbit. Artikel ini akan beri panduan kepada anda Cara Semak Bantuan Sara Hidup BSHR Guna Telefon Bimbit Atau SmartPhone.

Walaupun Portal Bsh.Hasil.gov.my tidak direka untuk capaian mudah alih, namun ada satu kaedah atau cara untuk semak BSHR melalui portal tersebut.

Cara Semak Bantuan Sara Hidup Rakyat BSHR Guna Telefon Bimbit Atau SmartPhone

LANGKAH PERTAMA

Masuk ke laman Hasil.gov.my atau klik patuan ini: Bsh.hasil.gov.my


Selepas anda klik patuan di atas, screen akan menuju ke laman web hasil seperti image di atas. Seperti yang anda lihat, Satu nota pada screen bertulis “Aplikasi BSH dalam talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih”. Klik ‘ok’

LANGKAH KEDUA

Seterusnya skrin akan masuk bahagian laman utama portal Hasil seperti image di bawah.

Klik pada 3 titik hitam seperti image di atas atau rujuk anak panah

LANGKAH KETIGA

Selesai langkah di atas, skrin seterusnya akan menuju seperti di bawah. Cuba scroll hingga ke bawah atau sehingga jumpa Perkataan ‘Desktop Site’ kemudian klik kotak tersebut.

Selesai semua langkah-langkah di atas, skrin akan masuk ke bahagian LOGIN ataupun masukkan No IC. seperti image di bawah:

Apabila anda masuk ke bahagian ini bermakna anda telah berjaya menukarkan telefon anda kepada mod desktop dan anda boleh access masuk seperti biasa untuk proses kemaskini ataupun semak bantuan sara hidup rakyat (BSHR) anda.

Sumber Astro Awani: Fasa pertama Bantuan Sara Hidup 2019 dibayar 28 Jan

PUTRAJAYA: : Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dibayar pada 28 Jan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata atas keprihatinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bantuan itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion.

“Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Lim berkata bagi pelaksanaan BSH 2019 fasa pertama itu, Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data dan kaedah lama bagi membolehkan bayaran dibuat segera sebelum Februari 2019, walaupun berkemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak.

Menurutnya proses pemutihan bagi mengeluarkan nama penerima tidak layak yang bukan daripada golongan berpendapatan rendah (B40) memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan.

Lim berkata setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

“Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah,” katanya.

Menurut Lim kriteria pembayaran dan kaedah baharu akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat.

Katanya seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019, Kerajaan meneruskan program BSH untuk menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka.

— BERNAMA

You may also read!

PENYAKIT DARAH TINGGI AYAHKU SEMBUH DI UMUR 60an

Pernah dengar Darah Tinggi atau Hypertension? Orang yang dah tahu tentang penyakit ini mesti rasa gerun kan sebab penyakit

Read More...

APAKAH ITU ULSER PEPTIK

Ulser peptik merupakan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Keadaan ini di mana terdapat luka

Read More...

Cara Atasi Sembelit Dengan Mudah Dan Berkesan

Cara Atasi Sembelit. Gejala sembelit adalah gejala yang sering dialami oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia mahupun di dunia.

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu