Cara Mudah Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat

In KESIHATAN, TIPS
Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat

Kita semua semestinya tidak lari daripada mengalami gejala sakit kepala atau lebih dikenali dengan migrain. Sebenarnya Sakit kepala perpunca daripada pelbagai penyebab, antaranya ialah seperti tekanan dan masalah kesihatan. Saya akan kongsikan beberapa panduan dan cara mudah untuk hilangkan sakit kepala tanpa ubat ataupun tanpa pergi berjumpa dengan doktor.

Cara Mudah Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat
Cara Mudah Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat

1. Guna Ais

ais, selain digunakan untuk minuman, sebenarnya ais juga banyak kegunaan antaranya untuk mengurangkan atau hilangkan sakit kepala anda. Caranya ialah, letakkan ais (yang dibalut dengan kain) di atas dahi dan leher anda bagi menghilangkan ketegangan yang menjadi penyebab sakit kepala.

2. Air Suam

Selain daripada petua menggunakan ais, Air suam juga boleh digunakan untuk ikhtiar menghilangkan sakit kepala kerana ketegangan. Ambil air tuala kecil atau kain yang telah direndam dengan air suam, letakkan di bahagian kepala atau leher. Selain itu, mandi air suam juga boleh mengurangkan sakit kepala anda.

3. Kurangkan Ikatan Di Kepala

Salah satu faktor penyebab sakit kepala adalah ikatan di kepala yang ketat seperti pemakaian topi, ikatan rambut dan sebagainya. Kurangkan ikatan kepada ikatan yang lebih selesa dan sedikit longgar agar sakit kepala hilang.

4. Rehat Secukupnya

Satu lagi kaedah hilangkan sakit kepala tanpa ubat ialah dengan rehat secukupnya waktu kerja atau selepas bekerja. Ini kerana, kebanyakan gejala sakit kepala atau migrain adalah disebabkan tekanan kerja yang banyak. Anda juga boleh mengambil sedikit masa di antara 15-20 minit untuk rehat sewaktu bekerja bagi merehatkan kepala.

5. Kurangkan Mengunyah

Mengunyah makanan terutamanya gula-gula getah antara penyebab sakit kepala selain menyakitkan rahang. Sekiranya anda sedang sakit kepala, kurangkan mengunyah agar sakit kepala tidak menjadi teruk.

6. Limau Kasturi

Penggunaan limau kasturi untuk hilangkan sakit kepala adalah petua orang tua-tua dahulu. Petua ini juga mampu hilangkan sakit kepala tanpa ubat. Ambil air perahan limau kasturi, dan letakan di atas kepala dan ramas. Manakala kulit limau yang diperah tadi direndam seketika ke dalam mangkuk berisi air kemudian siram atas kepala setelah selesai meramas kepala.

7. Minum Kopi

Cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat seterusnya adalah Kopi atau apa-apa makanan atau minuman yang mempunyai kafein. Kopi dapat menghilangkan sakit kepala apabila diminum. Walaubagaimanapun, jangan minum kopi atau makanan berkafein yang lain secara berlebihan kerana kafein juga penyebab sakit kepala yang lain.

8. Halia

Ada kajian telah dibuat dan menunjukkan halia dapat mengurangkan atau menghilangkan sakit kepala. Anda boleh mencuba meminum teh halia atau rendam beberapa halia dengan air panas dan tunggu seketika sehingga air menjadi suam kemudian minum.

Sekiranya sakit kepala semakin teruk atau sudah berhari-hari, ada lebih baik terus mendapatkan rawatan di hospital berdekatan kerana sakit kepala boleh jadi berpunca daripada penyakit kronik lain seperti gastrik, tumor, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan sebagainya.

Wajib Baca: Punca Sakit Kepala Sebelah Kiri Yang Anda Tidak Tahu

Baca Juga: Cara Merawat Penyakit Resdung Dengan Berkesan Dan Mudah

You may also read!

Cara Membeli Barang Di Shopee Dengan Telefon Bimbit

Cara Membeli Barang Di Shopee Dengan Telefon Bimbit

Pernah membeli barang di Shopee? bagi yang biasa shoping di Platform Shopee mungkin tidak mempunyai masalah untuk membeli atau

Read More...
Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Cara Delete Atau Buang Iklan Di Mudah.my Guna Telefon Bimbit

Sebelum ini saya ada post satu artikel yang menunjukkan cara-cara mengiklan barang di mudah dengan menggunakan smartphone. Artikel tersebut

Read More...
Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Banyaknya Khasiat Lemon Yang Tidak Diketahui Ramai

Pernah dengar lemon? Tahu apa khasiatnya? Lemon adalah sejenis buah dari keluarga limau serta kulit berwarna kuning dan mempunyai

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu