Cara Merawat Penyakit Resdung Dengan Berkesan Dan Mudah

In KESIHATAN

Cara Merawat Penyakit Resdung Dengan Berkesan Dan Mudah – Radang sinus atau lebih dikenali sebagai penyakit resdung adalah satu penyakit yang berkaitan dengan hidung. Ia terjadi akibat radang pada Membran atau rongga Sinus yang disebabkan jangkitan kuman. Resdung juga  disebabkan oleh faktor seperti Virus, Bakteria dan Kulat. Selain dari itu  antara agen penyebab lain resdung adalah seperti Alahan, Iritasi Kimia dan ketumbuhan dalam hidung (polyp). Ada beberapa kaedah untuk merawat penyakit resdung ini dan akan dikupas dalam artikel ini juga.

Baca Juga: Doa Ikhtiar Kesembuhan Penyakit

Tanda-tanda penyakit Resdung.

Di antara tanda dan gejala radang sinus (Resdung) adalah seperti berikut:

  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat pada muka
  • Selsema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan lesu
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Batuk teruk pada waktu malam

Cara Merawat Penyakit Resdung Dengan Berkesan Dan Mudah

Bagaimana merawat radang sinus? (sumber : http://www.myhealth.gov.my/

Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :

  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.

Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:

  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Bagaimana cara mencegah radang sinus?

Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya radang sinus:

  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
  • Pastikan kelembapan di rumah baik
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
  • Berhenti merokok
  • Hindari alkohol
  • Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.

Rawatan Alternatif Penyakit Resdung

Terdapat banyak rawatan alternatif untuk merawat penyakit resdung ini. Di antaranya ialah rawatan di Mana-mana Klinik cawangan Sinar Permata. Pengalaman mengubati anak yang mengalami resdung di Sinar Permata, banyak perubahan walaupun baru sekali menjalani rawatan di sana. Sinar Permata sememangnya terkenal dengan rawatan resdung yang berkesan. Kebiasannya untuk membuat pemeriksaan adalah percuma.

Amalkan meminum air suam terutamanya selepas bangun pagi. Air suam baik untuk penghidap resdung.

Perkara Yang Harus Dielakkan

  • Elakkan mandi lewat malam
  • Elakkan makanan pedas
  • Hindarkan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing yang boleh memburukkan gejala resdung
  • Berhenti merokok
  • Elakkan meminum alkohol
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya bahagian hidung dan muka.
  • Elakkan makanan seperti Seafood, pedas atau jeruk.

Semoga artikel ini iaitu Cara Merawat Penyakit Resdung Dengan Berkesan Dan Mudah, dapat memberi info berguna kepada semua pembaca.

 

You may also read!

PENYAKIT DARAH TINGGI AYAHKU SEMBUH DI UMUR 60an

Pernah dengar Darah Tinggi atau Hypertension? Orang yang dah tahu tentang penyakit ini mesti rasa gerun kan sebab penyakit

Read More...

APAKAH ITU ULSER PEPTIK

Ulser peptik merupakan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Keadaan ini di mana terdapat luka

Read More...

Penyakit Ain Dalam Islam, Tanda, Punca Dan Penawar

Pernahkah anda dengar penyakit ain? mesti ramai yang tidak mengetahui penyakit ini bukan? Penyakit Ain bukannya penyakit biasa yang

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu