Cara Melangsaikan Hutang Dengan Keajaiban Sedekah

Sharing is caring!

Sudah menjadi lumrah kehidupan ini kita semua tidak lari dengan masalah hutang. Berbagai usaha dan  cara melangsaikan hutang yang kita ada namun kadang-kadang payah dan susah untuk melangsaikannya. Tidak kiralah makan gaji ataupun berkerja sendiri sememangnya tidak lari daripada berhutang. Masa kini semuanya perlu berhutang. Memiliki kereta, belajar di peringkat Universiti ataupun kolej, memiliki rumah dan banyak lagi memerlukan kita untuk berhutang.

Walabagaimanapun, hutang tetap hutang dan wajip dibayar kerana hutang itu akan dituntut di akhirat kelak. Sebenarnya ada satu cara melangsaikan hutang yang apabila difikirkan memang tidak logik. Tetapi dengan keyakinan dan keimanan kepada Allah S.W.T pasti semuanya boleh dipermudahkan termasuklah melangsaikan hutang. Cara itu ialah dengan Keajaiban SEDEKAH.

Seperti yang kita maklum dalam islam di antara sedekah dan hutang, hutang hukumnya wajib manakala sedekah adalah anjuran. Dahulukan mana yang wajib iaitu melunaskan hutang.

Namun dalam keadaan tertentu iaitu dibelenggu hutang yang banyak dan tidak mampu untuk melunaskannya berikhtiarlah termasuk bersedekah setakat yang mampu dengan hati yang ikhlas memohon pertolongan daripada Allah S.W.T agar di permudahkan semua urusan.

Pengalaman Sendiri

Cerita pengalaman sendiri, satu ketika dahulu pernah dibelenggu hutang yang banyak dan tidak mampu untuk membayarnya. Hutang itu berupa pinjaman pendidikan dan mempunyai tunggakan pinjaman yang tinggi. Memandangkan tunggakan itu sudah bertahun-tahun tertunggak kerana masalah-masalah tertentu, saya dan dua orang penjamin hampir naik ke mahkamah.

Dengan niat dan ikhlas serta percaya rezki daripada Allah S.W.T, saya sedekahkan sejumlah wang ke tabung Masjid. Walaupun waktu tu saya sangat perlukan wang untuk membayar tunggakan pinjaman dan belanja seharian, namun oleh kerana percaya dan ikhlas serta berniat agar dipermudahkan segala urusan tersebut, saya tanpa ragu-ragu sedekahkan sejumlah wang ke tabung Masjid.

Alhamdullilah beberapa lama kemudian segala urusan pembayaran pinjaman pelajaran itu berjalan dengan lancar dan masalah dapat diselesaikan dengan mudah.

Itulah sedikit perkongsian cara melangsaikan hutang dengan keajaiban sedekah dan sedikit perkongsian pengalaman sendiri melangsaikan hutang dengan keajaiban sedekah. Semoga entri pendek ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Saya juga doakan agar kita semua dihindarkan daripada belenggu hutang.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *