Sharing is caring!

Setiap orang terutamanya wanita sentiasa impikan bandan yang kurus ramping dan menawan. Tidak ketinggalan juga kaum adam, mereka juga impikan badan yang kurus. Baca sehingga habis untuk mendapat tips cara kuruskan badan secara sihat dan berkesan.

Kebiasaannya lelaki lemak menonjol dibahagian perut manakala wanita lebih dibahagian peha dan lengan juga diperut.

Seringkali orang tua-tua berkata “makan la banyak agar badan gemuk dan sihat”.. Tapi sebenarnya kegemukan adalah punca banyak penyakit kerana gaya hidup yang tidak sihat.

Entri kali ini saya berikan tips yang betul cara kuruskan badan secara sihat dan berkesan serta kekalkan kesihatan diri. tips ini dari pengalaman diri sendiri dan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai..

 

Niat Dan Mindset

Buat la apa-apa pekerjaan atau tindakan sekiranya tidak disertakan dengam niat dan mindset yang betul, ianya tidak berkekalan.

diri sendiri akan bosan dan tidak konsiaten justru akan meninggalkan tindakan tersebut..

tanamkan niat dan mindset nak kurus.. ” saya nak kirus” “orang lain boleh kurus kenapa saya tak boleh” “yakin boleh” buat la apa-apa niat nak kurus kerana ianya membantu untuk konsisten. Juga tanamkan niat nak kuruskan badan sihat dan berkesan dalam diri. ini juga dapat membantu.

kalau sekadar nak tiru orang atau hanya nak suka-suka, konfom tak konsisten dan 4 5 hari dah bosan..

Pemakanan Seimbang

 

 

 

 

 

Pasti kita ada terbaca atau dengar orang berkata “kalau nak badan slim, jangan makan waktu malam” tahukan anda kenyataan ini SALAH! kita kena makan waktu malam tapi bukannya tengah malam..

ok secara tepatnya, waktu di Sabah Sarawak dengan kawasan semanjung berbeza..

kalau bermastautin di Borneo waktu yang tepat adalah makan di antara jam 5.30 petang atau sebelum jam 7 malam atau sebelum waktu isyak..

kalau di berada di semananjung pula 6.30 petang hingga 8 malam..

makan nasi cukup la segenggam nasi.. lebihkan sayur atau buah agar pencernaan lancar.. minum air kosong hanya selepas 30 minit dan minum air sebelum makan juga amalan yang baik..

makan awal membolehkan sistem pencernaan kita berjalan dengan lancar.

jangan pula tinggalkan sarapan pagi tapi kurangkan makanan yang berlemak dan manis..

bukan tak boleh tapi kurangkan.. adalah menjadi satu kelebihan jika kita tahu mengira kalori setiap hidangan.

Belajarlah mengira kalori. kalau anda perlukan kalori 1300 sehari, janganlah pula ambil kalori sehingga 2000 kalori.

jangan pula kurang dari 1000 kalori setiap hari. ambil julat pengambilan kalori di antara 1000-1300 kalori sehari.

sesetengah orang berdiet meninggalkan makan tengah hari sebenarnya makan tengah hari penting dan waktu ini kena makan lebih sedikit kerana waktu ini badan perlukan tenaga.

tapi makan kenalah berpada, janganla pula perut dan kembang semacam baru nak stop.

untuk lebih tepat, berhenti makan sebelum kenyang seperti Sunnah Nabi S.A.W.

ok untuk tips makan, setiap hidangan kena kurangkan lemak di tahap minimum, sebab kalau nak cakap terus tinggalkan memang susahlah pula cuma perlu kurangkan sahaja.

tapi kalau nak tinggalkan silakan sebab ianya lebih baik..

berkaitan dengan minuman atau makanan manis pula, kita cuma perlu kurangkan manis (bagi yang tiada penyakit berkaitan dengan kencing manis, sekiranya ada rujuk doktor anda)..

sebenarnya badan juga perlukan gula untuk tenaga yang penting kita dapat mengawal sukatan..

bagi saya, 2 kali sehari dah cukup itupun setiap minuman tidak terlalu manis, asal ada rasa manis dah cukup. tahukah anda gula juga menyebabkan obesiti dan kencing manis.

Minum Air Kosong.

amalan minum air kosong sangat disyorkan.. minum air kosong secukupnya di waktu siang dan kurangkan pabila waktu malam untuk elak sering ke tandas buang air kecil.

elakkan makan makanan fastfood seperti buger dan sebagainya. ianya tidak baik untuk badan. percayalah ianya penyumbang kepada lemak dibadan.

elakkan minum minuman seperti cola, pepsi dan minuman bersoda yang lain kerana kandungan gula yang tinggi. percayalah kalau amalkan minuman ini, sampai bila-bila pun kita tak akan kurus..

 

Bersukan

Bersukan amat penting untuk kuruskan badan. Bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan badan tetapi bersukan dapat membuang kalori berlebihan di dalam badan kita.

bayangkan kalau kalori tidak dibuang dalam badan, tentulah lemak akan bertambah hari demi hari..

bersukanlah apa jenis sukan.. dan kalau tiada jenis sukan yang diminati, cobalah berjogging atau berjalan selama 30 minit setiap sesi. amalkan bersukan sekurang kurangnya 30 minit sehari, 3 kali seminggu.

paling best, ajak la keluarga sekali bersukan seperti berjogging agar tidak bosan dan membolehkan anda konsisten membuang kalori.

 

Akhir Kata

Siapa kata nak kurus susah.. mudah.. Tapi taklah semudah mudahnya.. banyak tips kata boleh kurus seminggu, dua minggu, tiga minggu…

sememangnya boleh kurus seminggu tapi jangan makan apa-apa selama seminggu.. boleh ke? ini bukanlah kurus secara sihat tapi menyakitkan..

berusaha la untuk kurus tapi jangan paksa badan untuk kurus. pengalaman sendiri daripada 78kg jatuh ke 67Kg selama 3 bulan.. kalau kuruskan badan secara drastik, ditakuti badan lemah tidak bermaya..

amalkan pemakan sihat, betul dengan pengalaman sendiri, bersukan sahaja tidak cukup untuk kuruskan badan.

pemakanan juga kena jaga. saya jamin, dengan pemakanan yang seimbang dan konsisten bersukan selama 1-3 bulan akan menunjukkan kesan yang banyak pada badan. Diharap kan entri Cara Kuruskan Badan Secara Sihat Dan Berkesan dapat memberikan semangat dan panduan agar kita semua sentiasa sihat sampai bila-bila aminn.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *