cara jinakkan kucing baru

Sharing is caring!

Entri kali ini saya akan tunjukkan Cara Jinakkan Kucing Baru Yang Betul melalui pengalaman sendiri dan sumber lain yang boleh dipercayai. Sebenarnya ada beberapa ciri-ciri perwatakan kucing ini. Ada kucing yang sememangnya jinak sejak lahir dan ada pula yang memang liar.

Mengikut pengalaman sendiri, memang sukar untuk menjinakkan kucing yang liar ini kalau tidak tahu teknik sebenar dan boleh hilang sabar, silap-silap kena gigit (pengalaman sendiri haha).

Pengalaman Dapat Kucing Liar + Aktif

Kucing ni dapat daripada kawan yang baik hati. Waktu mula-mula ambil hari tu pun memang kucing tu lincah, susah kawan nak ambil, akhirnya dapat juga tetapi masuk dalam mini sangkar supaya tidak lepas. Sampai di rumah, terus sumbat dalam sangkar buatan sendiri..

Lihat juga : Diy cara buat sangkar kucing murah dan tahan lasak

Waktu nak bagi makan, kompom lari hujung dunia :).. nasib baik sangkar bukannya besar sangat. dapat juga la sentuh pegang kucing tu tapi dengan berhati-hati takut di gigit. Ambil dan letak kucing tu dekat bekas makan kucing dengan harapan kucing tu makan sebab sehari belum makan. tapi kecewa, kucing lari balik nasib baik masih dalam sangkar tiga tingkat.

Tips Dan Pengalaman Jinakkan Kucing Baru.

Ok kita terus kepada Cara Jinakkan Kucing Baru Yang Betul. Cara saya dan ada beberapa sumber lain ialah:

Letakkan Kucing Dalam Sangkar

Kucing yang baru perlu ditenangkan. Dengan meletakkan kucing itu di dalam sangkar ia dapat menenagkan kucing itu. Jika diletakkan di luar sangkar akan mengakibatkan kucing itu lari atau bertambah takut apabila melihat manusia. Bila kucing dalam sangkar akan menghilangkan stress kerana memiliki privasi.

Sediakan Makanan

Bab ini yang penting kerana apabila kucing lapar sudah tentu ia akan mencari makanan. mengikut pengalaman sendiri, walaupun kucing tidak makan kerana terlalu takut, tetapkan terus memberi makan. dan jangan berada di samping kucing tersebut kerana kucing mungkin takut makan sekiranya ada manusia berdekatan.

Belai kucing

Jika ada masa terluang, saya akan ambil kucing baru tu dan belai kucing tersebut. walaupun dengan paksa haha. Cara belai adalah dengan perlahan dan lembut di bahagian kepala dan bawah kepala serta belakang badan. Jika selalu belai kucing seperti ini, lama kelamaan ia akan hilang rasa takut namun memakan masa juga.

Jangan Bertentang Mata

Mengikut pengalaman, kucing memang tidak suka bertentang mata dengannya. seperti dirinya terancam dan berasa takut lebih-lebih lagi kucing baru. Elakkan menatap matanya terlalu lama.

Ada empat tips di atas yang boleh membantu menjinakkan kucing. Cara jinakkan kucing baru yang betul sebenarnya ada lagi namun empat cara di atas adalah yang saya amalkan sendiri dan berkesan.

Dah hampir sebulan juga saya teruskan amalan ini, alhamdullilah sekarang nampak perubahan. Waktu ni kucing tu saya dah open sangkar.. maknyanya sangkar tu saya tidak tutup. yang baiknya, kucing tu tidak lari dan kalau saya hidangkan makanan ia akan terus kepada saya.

Setakat ini dulu cerita tentang Cara Jinakkan Kucing Baru Yang Betul. Semoga artikel ini bermanfaat pada pembaca. kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya di ruang komen.

Sekian, wasallam..

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *