Sharing is caring!

Cara Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia Guna Telefon BimbitPortal Jobsmalaysia adalah sebuah portal mengurus pencarian kerja bagi yang mencari kerja dengan kelayakan yang ada serta pengambilan kerja daripada majikan. Portal ini adalah milik Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia. Untuk memulakan pencarian kerja di portal Jobsmalaysia, apa yang perlu adalah mendaftar terlebih dahulu. Selain daripada menggunakan komputer, anda boleh daftar cari kerja di portal Jobsmalaysia dengan menggunakan telefon bimbit dengan mudah.

Artikel kali ini saya akan beri panduan dan toturial cara daftar cari kerja di portal Jobsmalaysia guna telefon bimbit yang mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Baca JugaInformasi Dan Panduan Di Portal Jobsmalaysia

 

Cara Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia Guna Telefon Bimbit

Langkah pertama adalah, buka browser anda. Saya syorkan guna Google Chrome sebab mudah dan pantas. Selepas itu Taip alamat Url www.Jobsmalaysia.gov.my. Contoh gambar di bawah:

1.Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Selepas browser sudah loading sepenuhnya klik menu portal Jobsmalaysia. Contoh gambar di bawah:

2. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Untuk halaman ini, pertama klik pada Menu Daftar kemudian klik pula Sub menu pencari kerja. Contoh gambar di bawah:

3. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Selepas klik menu dan sub menu di atas, screen baru akan muncul seperti gambar di bawah. isi semua ruang berikut dan tanda (* ) adalah mandatori atau wajib. Untuk daftar cari kerja di portal Jobsmalaysia, anda harus masukkan maklumat anda yang sebenar.

4. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Kemudian setelah selesai mengisi maklumat anda dan kod verifikasi, klik butang daftar seperti gambar di bawah:

5. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Setelah selesai langkah di atas, popup messeg berjaya akan muncul dan mengarahkan kita untuk periksa email untuk pengaktifan.

Cara Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Cara Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia seterusnya adalah periksa email untuk klik patuan pengaktifan seperti gambar di bawah:

8. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Untuk pengguna telefon bimbit atau smartphone, klik lama atau 5 saat pada link tersebut sehingga keluar popup, kemudian klik Open in Browser atau copy URL. Saya pilih Open in Browser kerana akan keluar direct ke browser chrome.

9. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

 

Cara Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia seterusnya, isi maklumat anda seperti kata laluan dan teks pengesahan. Kata laluan mestilah mempunyai nombor+huruf besar+huruf kecil kemudian klik hantar.

10. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Selepas klik butang HANTAR di atas, masukkan ID Pengguna seperti gambar di bawah. ID pengguna merupakan NO Kad Pengenalan anda. Masukkan IC anda tanpa  ‘ ‘  dan klik SETERUSNYA.

11. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Kemudian masukkan KATA LALUAN. kata laluan yang sudah di buat sebelum ini.

12. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Jika tiada masalah, sepatutnya anda akan terus ke bahagian DASHBOARD pengguna.

Cara Daftar Di Portal Jobsmalaysia Guna Telefon Bimbit

 

Scroll ke bawah di bahagian Dashboard, setelah baca penerangan tentang akta maklumat palsu dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Cek atau tandakan box ‘ saya bersetuju’ dan klik seterusnya.

13. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Langkah terakhir adalah lengkapkan kesemua perkara yang diminta iaitu di bahagian BUTIRAN PERIBADI, PERMOHONAN JAWATAN dan MAKLUMAT TERPERINCI. Dan selesai..

14. Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia

 

Baca Juga: Senarai Portal Online Cari Kerja Kosong Di Malaysia

Itulah Cara Daftar Cari Kerja Di Portal Jobsmalaysia Guna Telefon Bimbit. Semoga entri ini dapat memudahkan anda untuk mendaftar di portal Jobsmalaysia dengan menggunakan telefon bimbit.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *