Sharing is caring!

Kementerian Pendidikan Buka Jawatan Pembantu Guru – Berita baik kepada warga Malaysia kerana Kerajaan melalui Kementerian pendidikan meneruskan cadangan mewujudkan satu jawatan iaitu pembantu guru bagi mengurangkan bebanan para guru di sekolah. Tugas pembantu guru ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan guru hanya akan melalukan tugas hakiki iaitu mengajar di sekolah.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata:

“Pihak kementerian akan bertemu dengan NUTP dalam masa terdekat ini bagi membincangkan masalah (bebanan) guru yang terpaksa melakukan tugasan yang bukan sepatutnya.

“Ada sesetengah guru terpaksa mengisi pelbagai jenis borang yang semua ini sebenarnya adalah kerja di bahagian pentadbiran dan dalam masa sama kami juga akan cuba mengurangkan jenis borang yang perlu diisi oleh para guru ini,” katanya pada Majlis Pertemuan Dengan Warga Pendidik Daerah Kluang, di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Cadangan mewujudkan jawatan pembantu guru ini merupakan berita baik untuk mengurangkan pengganguran di negara ini dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *