Ayat Al-Quran Penyembuh Segala Penyakit

In AGAMA

Ayat Al-Quran Penyembuh – Mungkin ada yang bertanya dan terfikir, adakah hanya dengan ayat-ayat yang dibacakan pada seseorang itu boleh menyembuhkan penyakitnya? dengan membandingkan dengan perubatan yang ada pada masa kini sememangnya amat bertentangan kerana perubatan masa kini memerlukan rawatan khusus seperti memakan ubat, pembedahan dan terapi khusus. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai keimanan, keikhlasan dan pengatahuan luas tentang agama, terapi penyembuhan melalui bacaan ayat-ayat Al-Quran mampu menyembuhkan penyakit terutamanya penyakit spiritual dan fizikal.

Baca Juga: Doa Ikhtiar Kesembuhan Penyakit

Terdapat banyak hadis-hadis membuktikan ayat-ayat Al-Quran penyembuh segala penyakit spiritual dan fizikal. Kita sebagai kaum muslimin dan muslimat seharusnya meyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran mampu menyembuhkan segala penyakit hanya dengan izin Allah S.W.T.

Allah berfirman yang bermaksud:

Dan Kami turunkan daripada ayat-ayat Al-Quran sesuatu yang boleh menjadi syifa(penawar) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah Al-Isra: 82)

Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya menjelaskan bahawa maksud syifa itu ialah menyembuhkan hati daripada penyakit-penyakit seperti syak dan keraguan (kepada Islam), munafik dan syirik manakala maksud rahmat pula ialah keimanan, hikmah dan sentiasa ingin mencari kebaikan dalam kehidupan.

Nabi Muhammad SAW juga menjampi diri sendiri dengan surah Al-Falaq dan An-Naas apabila sakit.

Daripada Imam Malik, Ibnu Syihab, Urwah bin Zubair, Aisyah r.a menyatakan: Apabila Rasulullah mengadu sakit, Baginda membaca pada dirinya kedua-dua surah ini dan meniupnya (pada tempat sakit).

Apabila sakit Baginda makin berat, aku pula yang membacanya dan aku sapukan tangannya pada tempat yang sakit dengan mengharapkan keberkatannya. (Al-Muwatto)

Dalam sebuah hadis lain, ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu ‘anh menerangkan: Bahawa beberapa sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melalui sebuah mata air. Di sana terdapat seorang yang terkena sengatan binatang berbisa, lalu salah seorang yang tinggal di mata air tersebut datang dan berkata: “Apakah di kalangan kalian ada seseorang yang pandai menjampi? Di mata air (ini) ada seorang yang terkena sengatan binatang berbisa.”

Lalu salah seorang sahabat Nabi pergi ke tempat tersebut dan membacakan surah al-Fatihah (kepada orang yang terkena sengatan) dengan syarat upah seekor kambing. Ternyata orang yang terkena sengatan tadi sembuh. Maka sahabat tersebut membawa kambing itu kepada sahabat-sahabatnya, namun mereka tidak suka dengan upah itu. Mereka berkata: “Kamu mengambil upah atas al-Qur’an? (Tunggu dulu) sehinggalah kita pulang ke Madinah.”

(Setelah mereka tiba di Madinah), mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, dia ini mengambil upah atas al-Qur’an.” (Setelah mendengar kisah sebenar) Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya upah yang paling berhak kalian ambil adalah upah karena (menjampi dengan) al-Qur’an.” [Shahih al-Bukhari, no: 5296/5737]

Dengan penuh keyakinan bahawa penyembuh mutlak adalah Allah S.W.T. dan usaha adalah ikhtiar memohon kesembuhan. Dengan meyakini Al-Quran mampu menyembuhkan penyakit dengan izin Allah S.W.T insyallah penyakit akan sembuh. Terdapat banyak kisah-kisah penyakit telah sembuh dengan amalan penyembuhan penyakit melalui ayat-ayat Al-Quran. Yakinlah Ayat Al-Quran Penyembuh Segala Penyakit.

You may also read!

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok - Tips berhenti merokok yang akan saya kongsikan ini adalah pengalaman berhenti merokok sendiri, mungkin ada

Read More...
Pitam Setelah Berdiri

Pitam Setelah Berdiri, Adakah Normal?

Pitam Setelah Berdiri - Pernahkah anda pitam atau pening setelah berdiri? atau pitam saat berdiri secara tiba-tiba? Sebenarnya situasi

Read More...
7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

7 Bahaya stress, apa yang perlu anda tahu tentang stress

Apakah itu Stress? Adakah Stress itu bahaya? menurut Portal http://www.myhealth.gov.my Stress adalah - Stres atau tekanan adalah

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu