APAKAH ITU ULSER PEPTIK

Sharing is caring!

Ulser peptik merupakan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Keadaan ini di mana terdapat luka di bahagian permulaan usus kecil dan pada dinding perut. Ulser Peptik boleh membahayakan sekiranya dibiarkan atau tidak dirawat dengan cepat. Ulser Peptik terbentuk disebabkan hakisan pada dinding perut. Dinding perut mempunyai satu lapisan yang dinamakan Mukosa yang perperanan menghalang daripada hakisan berlaku namun apabila lapisan ini menjadi tipis ataupun berlaku perembesan asid berlebihan, ulser peptik akan berlaku. Adalah sangat penting bagi pesakit ulser peptik mendapatkan rawatan awal bagi mengelakkan penyakit ini menjadi lebih kronik.

PENYEBAB ULSER PEPTIK

Ada beberapa penyebab Ulser Peptik diantaranya ialah:

  1. Jangkitan kuman Helicobacter pylori. Kuman ini akan menghakis dinding perut seterusnya menyebabkan Ulser Peptik.
  2. Ubat-ubatan kimia. Ubat boleh menyebabkan terjadinya ulser seperti ubat jenis pencair darah bagi pesakit jantung dan ubat penahan sakit seperti aspirin.
  3. Sindrom Zollinger-Ellison. Sindrom ini boleh menyebabkan perembesan asid di dalam perut secara berlebihan yang mengakibatkan dinding perut akan terhakis.

GEJALA ULSER PEPTIK

Pesakit yang mengidap penyakit ini akan mengalami beberapa gejala seperti:

  1. Mengalami sakit atau pedih di kawasan ulu hati.
  2. Perut kembung
  3. Merasa loya
  4. Muntah-muntah
  5. Ada di antara pesakit merasa sakit pada waktu malam.

KOMPLIKASI

Pesakit yang kerap mengalami penyakit ini akan mendedahkan mereka kepada Kanser perut.

Selain itu, pendarahan dalaman juga boleh terjadi dan akan menjadi serius yang memerlukan rawatan secara endoskopik. Sekiranya rawatan endoskopik tidak berkesan, rawatan seperti pembedahan untuk menghentikan pendarahan akan dilakukan.

Masalah penghadaman juga akan terjadi disebabkan penyempitan pada saluran pemakanan. Penyempitan berlaku apabila pesakit mengalami ulser peptik yang berulang-ulang. Selain itu pesakit akan mengalami muntah-muntah.

Ulser peptik juga mengakibatkan lubang pafa dinding perut dan duodenum. Hal ini akan mengakibatkan kesakitan pada seluruh kawasan abdomen dan jangkitan kuman yang memerlukan rawatan kecemasan.

BACA JUGA: Atasi Sembelit dengan mudah

RAWARAN

Ada beberapa rawatan bagi penyakit ini seperti ubat-ubatan.

  1. Ubatan untuk meneutralkan asid di dalam perut
  2. Ubatan untuk mengurangkan perembesan asid di dalam perut.
  3. Ubatan untuk melindungi permukaan mukosa dinding perut
  4. Ubatan untuk menghalang perembesan asid di dalam perut dan mengalakkan proses penyembuhan ulser
  5. Ubatan antibiotik untuk menghapuskan kuman Helicobacter pylori yang merupakan punca utama ulser peptik

Rawatan ubat-ubatan mestilah mengikut nasihat doktor agar rawatan ini akan berhasil.

PENCEGAHAN

Untuk langkah pencegahan berlakunya penyakit ulser puptik, amalan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang betul amatlah penting. Mereka yang berisiko mendapat penyakit ini haruslah menghindarkan tabiat merokok dan pengambilan minuman beralkohol. Selain itu bagi mereka yang mengambil ubat penahan sakit yang menyebabkan ulser peptik, mereka haruslah berbincang dengan doktor mereka agar mengantikan ubat penahan sakiy yang tidak menyebabkan ulser puptik dan juga tidak memakan ubat-ubatan ketika perut kosong.

Sumber Rujukan: www.myhelth.gov.my

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.