Sharing is caring!

Apakah itu Google Adsense?.

Google Adsense adalah sebuah program pengiklanan yang dimiliki oleh Syarikat Google. Program pengiklanan ini memberi peluang para blogger atau youtuber menajana pendapatan daripadanya. Iklan yang di tampilkan oleh Syarikat Google adalah seperti Text, Gambar atau imej, Video, Animasi dan sebagainya.

Apakah Itu Google Adsense Dan Kelebihannya

Kelebihan Google Adsense.

Para blogger akan mendapat bayaran tertentu apabila iklan di klik oleh pengunjung kerana berminat dengan iklan tersebut. Ia juga di sebut (pay-per-click). Para blogger hanya perlu meletakkan iklan di blog atau website mereka dengan menyalin kod-kod daripada google adsense apabila permohon mereka sudah diluluskan dan program ini iaitu program google adsense adalah percuma.

Ada beberapa pihak yang terlibat dengan Program Google Adsense ini iaitu:

Pengiklan

Dikenali sebagai pengiklan atau Advertiser. Mereka akan mendaftar melalui google Adword untuk membolehkan iklan mereka di iklankan di Iklan adsense. Mereka akan berusaha mempromosikan produk mereka melalui adsense. Para pengiklan akan dikenakan kos apabila setiap iklan mereka di klik oleh pengunjung dan kos itulah akan dibayar kepada Penyedia iklan google adsense (blogger) dan Syarikat google.

Lebih tepat setiap pendapatan Pay Per Click akan dibahagi antara syarikat google dan Penyedia iklan. Namun peratus pendapatan untuk blogger pada setiap Klik tidak dapat dipastikan.

Di bawah adalah contoh Layanan iklan yang boleh dipilih oleh Advertiser.

  1. Adsense For Content
  2. Adsense For Search
  3. Adsense For Video
  4. Adsense For Mobile

Penyedia Layanan Iklan (Google)

Google menyediakan satu layanan untuk membolehkan pengiklan atau Advertiser memasukkan iklan mereka. Layanan ini berbentuk Aplikasi dalam website yang dikenali sebagai Google AdwordUntuk syarat untuk beriklan dengan Adsense, mereka diwajibkan untuk memiliki akaun Google Adwors terlebih dahulu. Apabila permohon mereka sudah diluluskan, mereka boleh memasukkan iklan yang ingin diiklankan dengan kos yang sudah ditetapkan oleh pihak Google.

Publisher (Empunya Blog Atau Website)

Publisher adalah pihak ketiga dalam program Google adsense. Mereka membantu Google untuk mengiklankan atau mempromosikan iklan-iklan daripada Advertise (pengiklan). Iklan-iklan ini diletakkan di dalam blog atau website dan mendapat bayaran apabila iklan itu di klik oleh pengunjung.

Seperti yang dinyatakan pada awal post, Program google adsense untuk publisher adalah percuma. Ia tidak dikenakan sebarang bayaran.

Apakah Itu Google Adsense Dan Kelebihannya

Pengunjung Blog Atau Website.

Pihak ke-4 yang terlibat dalam program adaense adalah pengunjung. Pengunjung penting kerana mereka yang menentukan berapa klik pada iklan yang dipasang. semakin ramai pengunjung yang datang ke blog atau website, semakin banyaklah peratusan iklan tersebut di klik. 

Apakah Itu Google Adsense Dan Kelebihannya

INFO ADSENSE: Tahukan anda, sekiranya blogger atau pemilik akaun adsense meng – klik iklan sendiri adalah satu kesalahan dan memungkinkan akaun Adsense anda akan dibekukan.

Pembayaran Google Adsense

Hanya pihak Google dan advertise yang mengetahui Jumlah CPC (Cos-Per-Click) kerana jumalah kos CPC tidak didedahkan.

Apabila jumlah mencapai USD100, wang tersebut boleh dicairkan oleh publisher. kaedah pembayaran oleh pihak Google kepada publisher dengan menggunakan akaun PayPal, Western Union, Cek ataupun melalui Transfer bank.

Apakah Itu Google Adsense Dan Kelebihannya

INFO ADSENSE: Wang boleh dicairkan  oleh Publiaher dalam nilai USD apabila menjangkau nilai USD100.

Penutup

Program Google adsense memberikan kita peluang menjana pendapatan yang lumayan. ini telah terbukti, banyak Publisher yang mendapat ribuan malahan jutaan dolar melalui program Google Adsense. Oleh itu kelebihan dan peluang ini jangan disia-siakan.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *