Sharing is caring!

Apa Itu Penyakit Kulit Ekzema Dan Penyelesaiannya – Penyakit kulit ekzema adalah keadaan di mana kulit menjadi kering, radang, gatal, merah, retak dan kulit menjadi kasar. Ekzema juga mempunyai simtom penyakit kulit yang lain seperti dermatitis dan alahan. Kebiasaannya kulit yang mempunyai masalah ekzema akan kering dan gatal.

Selalunya masalah penyakit kulit ekzema akan beransur hilang apabila meningkat dewasa namun ada juga yang menghadapi masalah ini hingga dewasa.

Apakah Penyebab Kulit Ekzema

Ekzema disebabkan sistem imun tubuh yang bermasalah. Penyakit ekzema dianggap penyakit turun-temurun, jika ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai ekzema, mungkin anak akan menghidap ekzema. Selain itu Mengikut pengalaman sendiri, doktor pernah memberi tahu sekiranya ibubapa atau keluarga terutamanya bapa atau emak yang mempunyai penyakit asma, risiko anak atau cucu mendapat ekzema adalah tinggi.

Faktor lain penyakit kulit ekzema adalah kulit tidak mempunyai penghalang kulit luar. Ini menyebabkan kulit yang mudah kehilangan kelembapan dan menyebabkan kerengsaan, menyebabkan kekeringan dan kegatalan. Kulit yang normal, sihat mempunyai “penghalang kulit luar” yang terdiri daripada sel yang dipegang bersama-sama dengan lipid.

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Kebiasannya bayi yang baru lahir tidak menunjukkan simptom Penyakit ini. Namun selepas beberapa minggu atau bulan, gejala akan muncul di bahagian muka dan badan yang kering atau mengelupas.

Selain itu ruam pada pipi, kaki kepala, belakang badan akan muncul. Yang paling teruk ruam pada pipi yang akan membesar dan berair serta gatal. Kebiasaanya apabila bayi meningkat dewasa dan imun telah kuat, ekzema akan hilang sendiri namun ada juga kes yang mengalami penyakit kulit ekzema sehingga dewasa.

Wajib Baca: Pengalaman Ubati Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi

Rawatan Dan Penawar Ekzema

Setakat ini belum ada penawar penyakit kulit ekzema di hospital mahupun farmasi cuma ubat-ubat yang dibekalkan hanya untuk mengurangkan atau mengawal simptom penyakit ini. Antara ubat yang boleh digunakan agar kurangkan simpton adalah krim-krim pelembab seperti Chetaphill. Apabila pipi mempunyai simptom ruam susu pada bayi, boleh gunakan ubat bernama Vezomet.

Mengikut pengalaman sendiri kerana anak dahulu pernah menghadapi penyakit ini, elakkan menggunakan sabun mandian atau shampoo yang mempunyai pewangi atau yang tidak banyak buih.

Minyak zaitun juga mampu kurangkan simtom pada kulit yang mempunyai masalah penyakit kulit ekzema dan minyak ini mampu untuk melembapkan kulit.

Bagi yang mempunyai masalah penyakit ekzema dinasihatkan agar mengawal pemakanan seperti makanan-makanan yang boleh mencetuskan simptom. Contohnya makanan-makanan seafood, telur, daging dan sebagainya (rujuk nasihat doktor).

Semoga entri ini iaitu Apa Itu Penyakit Kulit Ekzema Dan Penyelesaiannya,  memberi  manfaat kepada semua pembaca.

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *