Cara Atasi Gastrik Dengan Mudah Dan Berkesan

Sharing is caring!

Anda Gastrik? Cara Atasi Gastrik Dengan Mudah Dan Berkesan yang akan saya jelaskan pada entri kali ini. Gastrik adalah satu penyakit yang sering terjadi pada seriap orang. Masalah gastrik ini menyebabkan pedih ulu hati, perut tidak selesa, berpeluh serta sesak nafas. Kadang-kadang apabila gastrik berlarutan menyebabkan sakit di bahagian kepala seperti migrain.

Gastrik pada peringkat awal hanya mengalami perut tidak selesa namun apabila dibiarkan berpotensi menjadi gastrik berat di mana luka-luka pada perut dan usus. Peringkat ini dipanggil ulser yang akan menyebabkan mual atau muntah dan najis bercampur dengan darah. Pengidap penyakit gastrik jika tidak dirawat peringkat awal akan membahayakan diri.

Cara Atasi Gastrik Dengan Mudah Dan Berkesan

1. Masa Makan

Perkara yang paling penting sekali ialah masa makan yang tepat. Ini dikuatkan lagi dengan pengalaman sendiri. Punca gastrik adalah daripada masa pemakanan yang tidak teratur atau sengaja melambat-lambatkan masa makan. Usahakan masa makan yang tepat seperti masa sarapan pagi di antara jam 6am – 8am, makan tengah hari jam 12pm – 2pm dan waktu makan malam sekitar jam 6pm – 8pm.

2. Pemakanan

Elakkan makan makanan yang pedas, makanan masam seperti cuka, roti yang dibuat dengan kaedah yeast, Elakkan minum mengandungi cafein dan teh, minuman birkorbonat dan minuman ber alkohol. Semua makanan dan minuman di atas penyebab utama gastrik apatahlagi diambil ketika perut kosong. Elakkan makanan tersebut selagi gastrik belum pulih sepenuhnya. Selain itu makan lebih kerap namun kuantiti yang sedikit boleh sembuhkan gastrik.

3. Elakkan Merokok

Elakkan merokok ketika perut kosong atau sedang sakit gastrik kerana rokok boleh menjadikan gastrik menjadi lebih parah. Ada beberapa kajian saintis, bahan kimia pada rokok boleh merangsang kelenjar rembesan jus gastrik. Untuk kesembuhan gastrik, elakkan merokok.

4. Mengawal Tekanan (stress)

Kawal tekanan atau stress kerana ia boleh menyebabkan gastrik di mana Asid gastric akan dirembeskan di dalam perut dan ianya boleh menyebabkan gastritis dalam jangka masa yang panjang. Belajarlah cara tangani tekanan atau stress untuk menghindarkan dari gastrik.

5. Halia

Amalkan minum air halia dengan air suam. Rendam halia dengan air panas, kemudian tunggu sehingga suam kemudian minum. Halia sememangnya diketahui selama ini boleh sembuhkan gastrik.

6. Susu

Amalkan minum susu asli atau suau segar kerana susu asli seperti susu kambing atau lembu boleh mengurangkan asid dalam perut seterusnya menyembuhkan penyakit gastrik anda.

7. Bawang Putih

Buka kulit bawang putih lalu kunyah sebanyak 2 biji. Sekiranya tidak mampu, bakar bawang putih tersebut di atas api kemudian makan seperti biasa dan amalkan 2 kali sehari sehingga gastrik sembuh. Amalkan petua ini, insyallah gastrik boleh sembuh.

* Ubat gastrik seperti Gaviscon bukan penawar utama. Ia mengandungi Liquid meneutralkan asid perut berlebihan dengan pantas dan membentuk satu lapisan perlindungan di atas. Penjagaan makanan dan masa makan yang tepat adalah penawar utama. Sekiranya pemakanan tidak dijaga penyakit gastrik boleh menyerang kembali.

Penutup.

Gastrik boleh menyerang kita pada bila-bila masa ketika kita lalai mengawal pemakanan dan masa makan yang betul. Amalkan gaya hidup sihat agar terhindar daripada penyakit termasuk penyakit gastrik. semoga entri ini bermanfaat pada kita semua.

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *