Anak demam? Anda Perlu Tahu!

Sharing is caring!

Ketahuilah anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Anak adalah penyeri rumah tangga, gelak tawanya dapat menyenangkan dikala hati duka ataupun selepas penat berkerja saban hari mencari rezki. walaubagaimanapun, setiap anak tidak terlepas daripada sakit seperti demam panas dan yang lebih teruk lagi suhu badan anak tidak terkawal dan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang teruk dan lebih malang lagi boleh membawa maut. Ibubapa kenalah wajib mengambil tahu apakah tindakan yang wajar ketika anak demam.

Selalunya peringkat umur anak atau bayi dibawah enam bulan jarang mengalami suhu badan yang tinggi atau demam. Namun sekiranya anak anda mengalami suhu yang tinggi pada peringkat umur ini, pergilah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. untuk mengetahui sama ada bayi anda mengalami suhu badan yang tinggi pada peringkat umur ini rujuk panduan di bawah:

  • berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
  • berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.

Penyebab Anak Demam

  • Jangkitan saluran pernafasan disebabkan oleh baktera atau virus.
  • Jangkitan pada telinga.
  • Tonsil
  • Efek sampingan imunisasi
  • Virus roseola
  • Infeksi ginjal.
  • Demam campak
  • Demam Berdarah
  • Malaria
  • Proses tumbuh gigi
  • Jangkitan kuman pada luka

Biasanya, demam dalam kalangan kanak-kanak dapat dikesan dengan lebih cepat berbanding orang dewasa. Sifat semulajadi kanak-kanak yang selalu aktif akan berubah serta merta dan ibu bapalah yang akan dapat mengesan perubahan dalam diri anak-anak mereka.

 

Apakah Simptom biasa Bagi Anak Demam Panas?

Selalunya gejala demam pada anak dapat dikesan melalui suhu badannya yang panas. suhu badan normal adalah lingkungan 36 – 37°C. manakala suhu demam 38°C dan keatas. antara simptom lain adalah:

  • Tidak bermaya dan tidak bersemangat
  • Tidak responsif
  • Mempunyai ruam
  • Kurang selera makan
  • Sakit tekak, batuk, sakit telinga
  • Muntah dan cirit-birit
  • Pernafasannya terganggu
  • Tanda-tanda dehidrasi seperti mulut kering, tiada air mata ketika menangis, atau lampin tidak sebasah seperti biasa.

Apabila Suhu anak melebihi 38°C disarankan ibubapa agar segera membawa anak pergi berjumapa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Cara Mengukur Suhu Badan Anak Dengan Tepat

cara mmengukur suhu pada anak adalah dengan menggunakan alat pengukur digital kerana alat ini selamat. jangan gunakan alat pengukur atau thermometer Merkuri kerana kalau pecah sangat bahawa pada anak dan juga orang dewasa sekitarnya. antara alat digital pengukur suhu yang biasa digunakan adalah seperti

Infrared gun

Infrared gun mudah digunakan kerana hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk mengukur suhu dan biasanya dihalakan didahi pesakit.

 

Thermometer Digital

Pengukur suhu ini adalah yang paling biasa digunakan mungkin disebabkan harganya yang murah dan mudah didapati di kedai-kedai farmasi namun sulit digunakan pada bayi yang masih kecil.

 

Tips Untuk Anak Demam

Selalunya doktor akan berikan ubat Paracetamol untuk mengawal suhu badan anak apabila anak demam. Namun seringkali suhu panas pada anak tidak kunjung turun. Di sini ada beberapa tips untuk ibubapa guna sebagai panduan untuk turunkan suhu secara alami.

1. Tuamkan tuala yang telah direndamkan dengan air suhu biasa dibahagian kepala dan terutamanya dahi. tuamkan juga di badan, celah ketiak, celah peha dan di celah kaki.Tuala yang dibuat tuam itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan. Jangan biar tuala itu di dahi terlalu lama. Jangan pakaikan baju tebal, hanya pakaikan singlet dan kain nipis untuk menutup badannya. Pastikan juga pengudaraan disekitar baik dan jangan biarkan pengudaraan tertutup.

2. Berikan anak minum air kosong secukupnya agar kerana ketika demam suhu badan akan akan naik dan menyebabkan badan akan kekeurangan air. perkara ini penting untuk menghindarkan penyakit lain timbul akibat kekurangan cecair dalam badan. fungsi air ini juga dapat menurunkan suhu badan anak dengan cepat.

3. Berikan anak makan bubur yang tidak terlalu panas agar tonsil anak tidak bertambah teruk. fungsi bubur ini adalah untuk mengelak perut anak kosong kerana jika perut anak kosong badan susah nak melawan penyakit.

4. Banyakkan berdoa pada Allah untuk kesembuhan penyakit anak. sentiasa berada disisi anak kerana apabila anak sakit, mereka sentiasa meminta perhat

 

Doa Ikhtiar kesembuhan demam panas.

 

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *