9 Trik WhatsApp Terbaru Yang Harus Anda Gunakan

In TOTURIAL, TIPS
9 Trik WhatsApp Terbaru yang Harus Anda Gunakan

Whatsapp merupakan aplikasi pemesejan segera yang paling popular di dunia ketika ini. Aplikasi ini juga hampir menyokong semua peranti yang ada sekarang. Yang lebih menariknya lagi, aplikasi ini sentiasa mempunyai kemaskini yang baik dan tidak hairanlah aplikasi whatsapp digemari oleh semua pengguna.

Oleh kerana Alikasi Whatsapp mempunyai paling ramai pengguna, saya akan kongsikan beberapa tips dan trik whatsapp terbaru serta penggunaan aplikasi ini yang begitu menarik.

Trik WhatsApp Terbaru yang Harus Anda Gunakan

1. Agar Tidak Kelihatan Di Whatsapp

Sekiranya anda tidak mahu orang lain melihat anda sedang online atau tidak mahu mereka menyemak status, foto, atau maklumat akaun anda, gunakan helah berikut:

Untuk Android: Pergi ke Menu > Tetapan > Akaun > Privasi. Kemudian tukar tetapan Keterlihatan data peribadi.

Untuk IOS: Pergi ke Tetapan, buka Tab Privasi kemudain tukar tetapan anda di sana.

tukar tetapan privasi

2. Hentikan Muat Turun Auto Pada Video dan Gambar

Selalunya sistem auto muat turun video dan gambar terjadi pada alpikas whatsapp terutama apabila baru memasang aplikasi ini. Untuk menjimatkan ruang storan telefon bimbit anda, anda harus mematikan auto muat turun ini. Caranya ialah:

Untuk Android: Pergi ke Tetapan > Penggunaan Data, pilih parameter yang diperlukan untuk memuat turun fail.

Untuk IOS: Pergi ke Tetapan > Penggunaan Data dan Penyimpanan > Media

3. Membuat mesej suara bisu / Perlahan

Sekiranya anda ingin mendengar mesej suara yang dihantar oleh rakan anda tetapi ianya perlu diperlahankan, caranya sangat mudah. Hanya dekatkan telefon anda ke telinga seperti membuat panggilan, mod pembesar suara akan bertukar kepada suara dalam secara auto.

Membuat mesej suara bisu

4. Bagaimana untuk mencari mesej penting dengan cepat

Kebiasannya kita akan menghabiskan masa berjam-jam untuk mencari mesej yang begitu penting bagi kita. Caranya ialah:

Pilih Mesej > Tekan mesej tersebut sehingga keluar Tanda Bintang di atas, kemudian klik bintang tersebut.

untuk mencari mesej di kemudian hari: ia dapat ditemui dengan cepat dalam tab “Mesej berbintang” dalam menu utama.

5. Mesej Bubble

Salah satu trik whatsapp yang patut anda cuba adalah Mesej Bubble. Mesej bubble dapat menunjukkan ada mesej baru di whatsapp dan siapa penghantarnya. Bubble mesej akan kelihatan di penjuru skrin telefon anda.

Untuk menghidupkan bubble mesej, anda hanya perlu memasang aplikasi “WhatsBubbles” kemudian aktifkannya.

6. Bagaimana Mengetahui Anda Disekat / Blok

Terdapat beberapa tanda pada mesej yang ada telah di sekat.

  • Tidak melihat masa terakhir dilihat dalam talian
  • Tidak melihat gambar Avatar baru dalam profil kenalan
  • Semua tanda mesej yang dihantar (bertanda sekali)

Walaubagaimanapun semua tanda di atas bukan bermakna 100% anda telah disekat, mungkin rakan anda telah mengubah tetapan whatsappnya.

7. Memadam Mesej Yang Tersalah Hantar / Send

Pihak Whatsapp telah menambah satu lagi sokongan apps nya iaitu memadam mesej yang tersalah hantar dalam tempoh 7 minit.

Untuk memadam mesej, anda hanya perlu tap pada sesuatu mesej, dan memilih ikon padam, sama ada “Delete For Me” atau “Delete for Everyone”

Untuk Delete For Me mesej akan dipadam hanya dipadam di peranti anda sahaja berbanding dengan Delete for Everyone iaitu untuk semua pembaca.

8. Membaca Mesej Whatsapp Tanpa Diketahui Pengirim

Langkan ini sangat mudah, iaitu anda hanya perlu aktifkan  ‘flight mode’ atau ‘airplane mode’ pada telefon bimbit anda. Apabila flight mode diaktifkan, secara automatik telefon bimbit berada dalam offline. Anda akan bebas membaca mesej kawan tanpa diketahui pengirim.

9. Cara mengetahui siapa yang pernah Melihat Profil Anda

Untuk melakukan hal ini, pertama sekali anda harus download dan install apps yang bernama WhatsApp-who Viewed Me. Aplikasi ini akan membantu anda mengetahui siapa sahaja yang telah mengunjungi profil anda selama 24 jam.

Banyak lagi trik whatsapp terbaru yang tidak sempat saya kongsikan. Insyallah akan saya kongsikan bersama trik whatsapp terbaru di masa akan datang. Semoga artikel ini bermanfaat pada anda.

Baca Juga: Cara Daftar Akaun Baru Facebook menggunakan handphone android

You may also read!

4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

4 Kesan Stress Kepada Pelajar Yang Membimbangkan

Kesan Stress Kepada Pelajar - Pernahkah anda mendengar berita pelajar bunuh diri atau cubaan bunuh diri akibat tertekan dan

Read More...
Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok, Tips Paling Berkesan Tanpa Ubat

Pengalaman Berhenti Merokok - Tips berhenti merokok yang akan saya kongsikan ini adalah pengalaman berhenti merokok sendiri, mungkin ada

Read More...
Pitam Setelah Berdiri

Pitam Setelah Berdiri, Adakah Normal?

Pitam Setelah Berdiri - Pernahkah anda pitam atau pening setelah berdiri? atau pitam saat berdiri secara tiba-tiba? Sebenarnya situasi

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu