7 Senarai Teratas Dan Terkini Orang Paling Kaya Di Malaysia

In TAHUKAH ANDA, TERKINI

Di dunia ini siapa yang tidak mengenali Bill Gates pengasas Microsoft dan Mark Zuckerberg pengasas Facebook. Mereka merupakan antara yang teratas sekali memiliki kekayaan yang luar biasa. Namun di negara kita juga iaitu di Malaysia tidak ketinggalan individu atau orang paling kaya  yang memiliki kekayaan walaupun tidak setanding dengan Bill Gates dan Mark Zuckerberg tetapi juga disenaraikan dalam ‘Forbes Billionnaires List 2018’ sebagai individu terkaya di dunia. Hebat bukan?

Mari kita lihat senarai terkini orang paling kaya di negara malaysia yang juga memiliki kekayaan jutaan ringgit bahkan billion ringgit.

7 Senarai Teratas Dan Terkini Orang Paling Kaya Di Malaysia

1. Tan Sri Robert Kuok – menduduki tangga pertama adalah Tan Sri Robert Kuok dengan aset kekayaan bernilai AS$14.8 bilion (RM57.8 bilion). Di peringkat global Tan Sri Robert Kuok menduduki tangga ke 96 orang terkaya. Beliau pada tahun 40an hanya berniaga jual beli gula dan beras dan seteruanya melebarkan perniagaannya sehingga peringkat global. Beliau juga diberi jolokan sebagai ‘Raja Gula’. Sebahagian besar kekayaannya datang dari sektor kelapa sawit, hartanah dan perkapalan.

2. Tan Sri Quek Leng Chan – merupakan tangga  kedua orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan AS$7.2 billion. Beliau menguruskan perniagaan perbankan (hong Leong) perniagaan hartanah. Keluarga Quek yang berpangkalan di Malaysia dan Singapura.

3. Tan Sri T. Ananda Krishnan – Menduduki tempat ke 3 Orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan AS$7.1 billion yang kekayaan berasal daripada Telekom, Media dan Oil service.

4. Tan Sri Dr. Teh Hong Piow – Aset kekayaan sebanyak AS$6 billion menjadikan beliau menduduki tangga orang terkaya di malaysia. Sumber kekayaan adalah daripada perbankan iaitu Public Bank. Tan Sri Dr. Teh Hong Piow juga diberi pengiktirafan apabila terpilih untuk Anugerah ‘The BrandLaureate Hall of Fame – Lifetime Achievement Award 2018 – Man of The Year’ daripada Yayasan Asia Pacific Brands.

5. Tan Sri Lee Shin Cheng – Menduduki tangga ke 5 orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan mencecah AS$5.6 billion. Hasil kekayaan adalah daripada Minyak sawit dan Hartanah.

6. Tan Sri Dato’ Seri Lim Kok Thay – Merupakan ahli pernigaan dan jutawan Cina Malaysia. Hasil kekayaan adalah daripada Kasino dengan jumlah kekayaan AS$4.7 billion.

7. Tan Sri Dr Chen Lip Keong – Kekayaan adalah hasil daripada Kasino, hartanah dan tenaga dengan jumlah kekayaan terkini mencecah AS$3.3 billion.

Itulah 7 Senarai Teratas Dan Terkini Orang Paling Kaya Di Malaysia sehingga tahun 2018 dengan aset menjangkau bilion Dollar. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca.

 

 

You may also read!

PENYAKIT DARAH TINGGI AYAHKU SEMBUH DI UMUR 60an

Pernah dengar Darah Tinggi atau Hypertension? Orang yang dah tahu tentang penyakit ini mesti rasa gerun kan sebab penyakit

Read More...

APAKAH ITU ULSER PEPTIK

Ulser peptik merupakan masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini. Keadaan ini di mana terdapat luka

Read More...

Penyakit Ain Dalam Islam, Tanda, Punca Dan Penawar

Pernahkah anda dengar penyakit ain? mesti ramai yang tidak mengetahui penyakit ini bukan? Penyakit Ain bukannya penyakit biasa yang

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu