7 Khasiat Buah Tempatan Jambu Batu Yang Wajib Anda Tahu

In KESIHATAN

Buah jambu batu atau nama lainnya jambu biji adalah buah tempatan yang mudah untuk didapati terutamanya di kampung-kampung atau desa. Buah ini mempunyai rasa dan bau yang unik dan mempunyai khasiat tersendiri untuk tubuh badan manusia. Terdapat banyak nutriasi serta vitamin dalam buah ini terutamanya vitamin c yang tinggi. Selain itu buah jambu batu mengandungi vitamin A yang baik untuk tubuh badan kita. Artikel kali ini akan mengupas tentang 7 Khasiat buah tempatan jambu batu yang wajib anda tahu.

1. Mengawal Tekanan Darah

Buah jambu batu yang ajaib ini mampu mengawal tekanan darah kita. Ini disebabkan kandungan jambu batu yang mempunyai vitamin A dan kalium yang berfungsi mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah serta menghalang darah dari menjadi pekat. Dengan ini tekanan darah anda akan menjadi normal.

2. Mengurangkan Berat Badan.

Oleh kerana buah ini kaya dengan vitamin, nutriasi dan meneral, ia menjadikan anda merasa kenyang dalam jangka masa yang panjang. Buah jambu batu tidak mengandungi kolestrol dan rendah kabohidrat serta kandungan gula yang rendah menjadikan buah ini pilihan yang tepat untuk diet seharian anda.

Baca Juga: Khasiat Dan Manfaat Buah Delima Yang Wajib Anda Tahu

3. Merawat Kulit

Buah jambu batu kaya dengan zat astringents yang dapat mengatasi masalah kulit kita. Untuk mendapatkan kandungan zat astringents yang tinggi, buah mestilah yang telah matang atau telah masak. Selain itu daunnya juga mempunyai zat astringents yang tinggi. Untuk mendapatkan manfaat daunnya, rebus daun tersebut dan minum seperti biasa.

4. Merawat Mata

Kandungan vitamin A di dalam buah jambu batu ini penting untuk kesihatan mata. Ia dapat memperlahankan pembentukan katarak pada mata serta menghalang penglihatan mata menjadi kabur. Bagi yang mempunyai masalah penglihatan kabur boleh amalkan buah jambu batu ini untuk rawatan mata.

5. Mengatasi Masalah Sembelit

Seperti yang kita ketahui, serat dapat membantu masalah sembelit. Buah jambu batu kaya dan tinggi kandungan serat dan sangat sesuai dimakan bagi yang mempunyai masalah sembelit. Selain itu buah ini dapat meningkatkan kesihatan usus dengan membersihkan kawasan usus daripada sisa-sisa kotoran.

6. Penawar Demam Dan Batuk

Buah ini kaya dengan kandungan vitamin C yang berkesan untuk mencegah jangkitan virus. Jus jambu batu berserta dengan rebusan daunnya dapat mengurangkan lendir saat selesma dan dapat mengurangkan batuk.

7. Penawar Cirit-Birit

Pengalaman sendiri melalui petua orang dahulu, Air rebusan daripada daun buah jambu batu berkesan untuk mengubati Cirit-birit.  Ambil beberapa jelai daun muda jambu batu, kemudian rebus sehingga mendidih dan tunggu sehingga airnya menjadi suam kemudian minum air tersebut, insyallah cirit-birit akan sembuh.

Baca Juga: Khasiat Buah Tin Untuk Wanita Hamil Yang Luar Biasa

You may also read!

Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta by rolland

Alat Periksa Bateri Kereta Dan Suhu Kereta | Review by Rolland

Bateri kereta adalah salah satu komponen yang amat penting. Kuasa elektrik yang terdapat pada bateri bertindak untuk memastikan kereta

Read More...
Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa Untuk Ibu Bapa Yang Hidup Atau Telah Meninggal Dunia

Doa untuk ibu bapa adalah kewajipan bagi kita yang bergelar anak. Pengorbanan ibu bapa kepada anak mereka tidaklah terhingga

Read More...
Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama Mengikut Huruf

Artikel ini saya kongsikan pula Nama Anak Perempuan Islam Dan Maksud Nama tersebut. Sebelum ini saya ada kongsikan artikel

Read More...

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Mobile Sliding Menu