3 Idea Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Mudah Dan Berkesan

Sharing is caring!

Kali ini saya akan kongsikan sedikit 3 idea menjana pendapatan sampingan dengan mudah dan berkesan tanpa model yang banyak. Sebenarnya banyak cara atau idea menjana pendapatan sampingan ini tapi kadang-kadang kita tidak terfikirpun cara itu yang sebenarnya boleh menjana income.

Keadaan ekonomi kita sekarang ini, memaksa kita mencari altenatif lain untuk menjana pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan seharian. Ditambah lagi dengan gaji yang tinggal sedikit, sememangnya payah untuk difikirkan. Walaubagaimanapun disamping mengharap gaji dari majikan bagi sesiapa yang bekerja makan gaji atau berkerja sendiri, banyak cara atau peluang lain yang dapat menjana dan menambah pendapatan sampingan kita. Di bawah adalah idea-idea untuk menjana pendapatan sampingan dengan mudah dan berkesan yang boleh anda cuba. Manalah tau menjana pendaparan yang lumayan insyallah.

Baca Juga: Jana Pendapatan Online Melalui Google Adsense

3 Idea Jana Pendapatan Sampingan Dengan Mudah Dan Berkesan

1. Jual Beli Di Talian.

Idea ini sudah terbukti pada diri sendiri dan kenalan terdekat serta pengalaman-pengalaman peniaga yang melakukan jual beli melalui platform internet. Saya bagi satu contoh untuk membuka minda anda.

Mula-mula cari apa-apa item atau barang yang paling dicari oleh teman-teman atau keluarga terdekat, contohnya telefon bimbit jenama xioami. selepas tahu apa yang mereka cari, buat research di Shopee atau Lazada. cari telefon yang telefon xioami dengan harga promosi yang murah. Selepas itu buat screen shoot pic dan detail telefon tersebut dan iklan kan dengan menggunakan media sosial atau dengan offline dengan harga kita sendiri yang penting berpatutan.

Dengan menggunakan kaedah ini kita boleh menjana pendapatan. Sekiranya ada feedback dan komform nak beli, sekiranya anda mempunyai modal boleh lah terus membeli item tersebut dengan harga promosi dan menjual pada pelanggan dengan harga anda sendiri. Tapi sekiranya kurang model, boleh berbincang dengan pelanggan agar membayar penuh mengikut harga anda dan kita membeli barang tersebut dengan harga Shoppe pula. Mengikut pengalaman, barang yang dijual di Shopee jauh lebih murah berbanding dengan yang dijual di kedai.

2. Berniaga Mengikut Kemahiran Anda.

Ok yang ini sangat mudah namun sulit sedikit untuk memulakan. Tapi bila dah ada pelanggan tetap, kadang-kadang tidak cukup tangan untuk memenuhi permintaan.

Contohnya anda ada kemahiran memasak,  Buat promosi melalui online ataupun offline. tapi yang paling mudah dan sudah menjadi trend sekarang ialah dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, whatsapp, telegram dan sebagainya. Buat la menu atau resepi dan promosikan di media sosial kepada keluarga atau sahabat atau kenalan di facebook.

Contohnya 1

Menu hari ini: 

1. Nasi putih+lauk ayam+sayur = RM7.50

2. Nasi Putih + lauk ikan+sayur+ulam = RM9.00

* Kod disedian.

p/s Paling berkesan post sekali dengan gambar menu.

Contoh 2

Iklan menggunakan whatsapp. hantar ke group setip hari agar orang tahu kita berniaga apa dan berniaga secara konsisten.

 

3. Dropship

Perniagaan ini dapat menjana pendapatan tanpa perlu model. cukup memiliki sebuah gadget atau telefon pintar. Cari pembekal yang menyediakan perkhidmatan dropship seperti shopee dan iklankan barang mereka di media sosial seperti facebook, telegram serta whatsapp. sekiranya barang tersebut dibeli oleh pelanggan, barang tersebut akan dipos oleh pihak shopee dan anda akan dapat komisyen. Shoppe adalah platform yang tepat kerana terdapat lebih 500k pengunjung setiap hari.

Itulah tadi 3 Idea Jana Pendapatan Sampingan Dengan Mudah Dan Berkesan. Tetapi mestilah dengan penuh kesungguhan dan kesabaran agar matlamat anda untuk menjana pendapatan menjadi realiti. Semoga artikel ini bermanfaat kepada pembaca semua..

Sharing is caring!

mdekmalc

Seorang blogger biasa dan newbie yang minat dalam bidang penulisan blog. Ingin berkongsikan ilmu dan panduan yang bermanfaat kepada pembaca. Bersedia menerima apa-apa teguran yang membina untuk kebaikan bersama. Menulis blog separuh masa atau part time kerana kekangan masa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *